MEMS  

 
  MEMS  
About MEMS   |   Council   |   Members Centre   |   Membership   |   Contact Us   |   Home
  Member Login     username:     password:           Forgot your password?
  Home » Publications » 
Presidentís Message
The Endocrine Directory
Calendar of Events
Announcements & Updates
Breaking News & Reports
CME
CPG
In the Press
Disease Areas
Healthy Lifestyle
Publications
Research Programs
Awards
Photo & Video Gallery
Useful Links
Disease Management
Home
 
arrow

30 June 2011

Diabetes Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat paras gula yang tinggi di dalam darah disebabkan oleh masalah hormon insulin (hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah), baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin kurang berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006, lebih
2 juta penduduk negara ini mengalami diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira
1.2 juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Sebagai umat Islam, mereka diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama’ Islam dan doktor perubatan moden.

Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:

1. Penyakit diabetesnya tidak dikawal dengan baik. Dibimbangi, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

2. Tidak mematuhi nasihat penjagaan diet, pengambilan ubat-ubatan dan insulin.

3. Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari yang berterusan dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

4. Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis.

5. Kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

6. Sedang mengalami jangkitan kuman.

7. Warga tua yang tinggal bersendirian.

8. Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

9. Berusia bawah 12 tahun (Belum baligh – tidak diwajibkan berpuasa).

Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin, adalah digalakkan berpuasa.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah:

1. Bersahur secukupnya (bukan ala kadar).

2. Menyegerakan berbuka puasa.

3. Makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

4. Makan berpada-pada ketika berbuka serta kurangkan hidangan yang manis.

5. Mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya.

6. Mengenali tanda-tanda hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

7. Segera berbuka apabila mengalami sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh memudaratkan pesakit.

8. Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik mengikut syor doktor.

Please download the leaflet below for further reading...


  arrowRamadhanLeaflet (24-06-11).pdf (Malay - pdf - 2127 Kb)



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend




 
 
| | | |
© Copyright Malaysian Endocrine & Metabolic Society (MEMS)   2009 - 2016    All rights reserved.
designed & maintained: mobition