MEMS  

 
  MEMS  
About MEMS   |   Council   |   Members Centre   |   Membership   |   Contact Us   |   Home
  Member Login     username:     password:           Forgot your password?
  Home » Disease Areas » Diabetes » 
Presidentís Message
The Endocrine Directory
Calendar of Events
Announcements & Updates
Breaking News & Reports
CME
CPG
In the Press
Disease Areas
Obesity
Diabetes
Thyroid
Healthy Lifestyle
Publications
Research Programs
Awards
Photo & Video Gallery
Useful Links
Disease Management
Home
 
arrow

16 June 2011

Disediakan oleh
Associate Professor Dr. Hanifullah Khan 

GDM adalah satu masalah kehamilan yang boleh melanda ibu yang mempunyai risiko-risiko yang berkaitan. Rawatan moden dapat memastikan kesudahan sempurna bagi ibu dan bayi.

Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Punca berlakunya GDM Perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.

Faktor yang berkaitan dengan GDM:

  • Obesiti atau kegemukan
  • Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
  • Air ketumban yang berlebihan
  • Wanita yang berumur 35 tahun keatas

Antara Risiko Yang Mungkin Dialami Oleh Ibu dan Kandungan

Risiko pada ibu yang mengandung Risiko pada bayi yang dikandung
Tekanan darah meningkat semasa mengandung Bayi bersaiz besar, berat melebihi 4 kg (macrosomia)
Jangkitan kuman semasa mengandung Tahap gula dalam badan rendah
Trauma kelahiran pada sluran bersalin Kesesakan nafas selepas lahir
Peluang bersalin secara cesarean adalah tinggi Sakit kuning (Jaundice) yang berpanjangan
Risiko mengalami diabetes masa akan datang Kesukaran melahirkan anak (trauma kelahiran)


Bagaimana GDM dikesan: GDM hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.

Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus

Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal. Rawatan yang disarankan Dalam kebanyakkan kes, GDM diuruskan atau dikendalikan dengan diet yang seimbang dan senaman dan penyakit ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang memerlukan insulin untuk menangani dan mengawal  masalah diabetes seperti ini. Jika anda tetap mengambil suntikan insulin, ia akan memastikan glukosa darah berada dalam keadaan stabil, dimana akan mengurangkan kadar risiko terhadap anda dan anak yang dikandung.

termasuklah:

  • Diet yang khusus
  • Senaman
  • Suntikan insulin 

Berat Badan dan Pemakanan:

Makanan seimbang adalah kunci untuk kandungan yang sihat. Pemakanan yang disarankan kepada adalah sama dengan semua wanita yang mengandung. Kadar penambahan berat badan akan dikenalpasti berdasarkan berat badan sebelum mengandung. Seterusnya, kadar penambahan berat badan semasa mengandung seharusnya sedikit dan tetap.

Kebanyakkan wanita memerlukan sebanyak tiga kali makan utama dan dua hingga tiga kali makanan ringan. Ini akan memastikan satu bekalan glukosa cukup untuk pembesaran bayi.

Sekurang-kurangnya 50% dari tenaga yang diambil datang dari karbohidrat, 20 peratus dari protin dan bakinya 30% dari lemak.

Penambahan berat badan yang wajar semasa mengandung

  • 1st trimester 0.5 hingga 1.0kg
  • 2nd dan 3rd trimester 0.2 hingga 0.5 kg seminggu

(wanita yang mengalami berat badan berlebihan seharusnya mencapai penambahan kadar yang paling rendah,dan wanita yang kurang berat badan harus mendapatkan kadar paling tinggi dalam penambahan berat badan. 

Senaman :

Senaman adalah cara terbaik untuk membantu memperbaiki kandungan gula dalam darah. Aktiviti bersenam seperti berjalan kaki selepas pengambilan makanan atau pada waktu tertentu boleh membantu mengawal kadar kandungan glukosa darah. Senaman juga amat penting untuk menyediakan  diri untuk melahirkan anak. 

Risiko mengalami GDM bertambah jika seseorang ibu mempunyai:

  • Keturunan keluarga kencing manis (ibu bapa atau abang dan kakak.)
  • Mengidapi GDM pada kandungan sebelum ini
  • Berlaku kecacatan pada kelahiran anak sebelum ini
  • Obesiti atau kegemukan berlebihan
  • Menjadi ibu pada usia matang(melebihi 35 tahun)
  • Sejarah kejadian bayi meninggal dalam kandungan
  • Pernah melahirkan bayi melebihi 4 kg
  • Air ketumban yang berlebihan
  • Mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung

Please download the full article below for further reading....


  arrowPtInfoGDM (01).pdf (English - pdf - 42 Kb)



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend




 
 
| | | |
© Copyright Malaysian Endocrine & Metabolic Society (MEMS)   2009 - 2016    All rights reserved.
designed & maintained: mobition